Friday, 18 January 2008
uitm sekilau part 3 (same script, different cast)
Last entry ni aku cite pasal geng2 aku la kan. Ab (alfatihah untuk arwah), BB, Anje, Lily (Ibu), Fendi dan May (Kak Lia tintong). Diaorang sume ni ada seribu satu kisah. Dari kisah gembira, makan hati, sedey, percintaan dan juge sensasi lagi mengundag kontrovesi. Ha jangan tak tau lebih2 lagi adik2 baru nak naik. Ade je kisah nyer.
Lily (Ibu)
Ibu (panggilan adik2 mude lagi perasan ramping bangat) sebenarnya bukan budak pre-acc. Dia budak tourism sem 2 dan di antara 3 diva budu meletops kat sini selain may dan fendi (diva ke). She's the one and only diva tourism kat sekilau ni. So, dia membina empayar dia sendiri tanpa ada pengaruh dari luar (kate nyer la) . Lily ni unik lagi pelik dengan sore jantan yang tak dapat nak di cover, gigi kuning yang sememangnya menyerlah dan tak perlu dipertontonkan, kegagapan yang tidak pernah diminta dan diredhai olehnya serta ke"womenan" yang sememangnya menjadi bahan umpatan serta bualan semua orang di bukit sekilau. Lihatlah betapa hebatnya aura diva sorang ni. 1st aku kenal dia masa kat cafe bawah hostel. Mase tu aku tengah tapau makanan kat mokcik kelantan yang sememangya tak banyak pun pilihan lauknya tapi di sebabkan budak2 kate makanan mokcik tu murah so aku taram je la. Mase dok membeli memang aku tak perasan dia dengan arwah dok makan kat situ jugak. Arwah yang datang tegur aku dan ajak makan sekali. So sedari detik itu la aku makin rapat dengan arwah serta ibu. Ibu mempunyai sedikit kecacatan pertuturan sedari kecil lagi (memandai je aku wat cite). Dia gagap bile nak cakap sesuatu perkara dan tatkala itulah ibu menjadi bahan ketawa kitaorang. Siap ulang tayang lagi saat dia gagap itew. Dengan berbekalkan fizikal yang tak begitu mengiurkan, ibu tetap dia. Masih aku ingat lagi pada malam dinner hotel. Kitaorang sume pegi. Ibu tetap dengan make up nya serta bling2 goldas tetapi memakai t-shirt dan seluar hip-hop yang dia beli dengan arwah. Pada ketika itu dia lah yang paling chantiq dan vogue tak nak kalah dengan adik2 akaun yang sememangnya aku tak paham ape yang mereka cube gayakan. Anje dengan baju melayu harimau. BB juga beghitew seperti pahlawan yang akan kalah di medan perperangan serta arwah yang sememangnya mati kutu nak memperagakan baju ape pada malam itu yang last2 hanya meletakkan sehelai kain yang di beli di Globe Silk St0re (gagah gi semata2 nak grand pada malam tu)
Fendi
Dia ni low profil sikit. Dia budak hotel same ngan kak lia tintong. Minah sekor ni tak habis2 nak cover jantan. Motif sangat tau. Yang aku suke pasal dia is dia tak ambil peduli hal orang lain tapi kisah mamat ni yang paling best is mase dia gaduh dengan budak akaun serumah dengan dia. Mase tu aku dan yang lain hanya mendiamkan diri. Takut bangat. Dia ni tetap gagah mempertahankan maruah serta keadilan walaupun berdepan dengan jantan. Fuh wa cakap lu. Respect betul. Kalau aku dah bergenang dah airmata. Airmata takut yang paling banyak keluar. Aku dah lupe dah nama mamat tu. Yang best lagi selepas adengan gaduh2 tu fendi dan mamat tu baik gila. Tu lah orang cakap ada rahmat di sebalik kejadian kan. Erm... lagi kisah fendi yang tak dapat aku lupa is sore dia. Sore dia sedap. Serak2 macam sore rem. Tapi yang tak menahan nyanyi lagu siti sajork. Ingat lagi mase tu siti baru launch album adiwarna kalau tak silap. Siap dok kat balkoni feeling mendendangkan lagu siti. Sekali budak umah sebelah ketawa melihat aksi murai dia. Hahhahahaaaa... tapi sememangnya aku admire kat sore dia. Lagipun dia pandai membawa lagu tu dengan cara dia sendiri. Fendi ni jugak setahu aku banyak sugar daddy. Kiri kanan. Ade je yang datang bawak dia keluar ke hulu ke hilir. Dia tetap dengan slumber badak dia.
May@Kak Lia tintong
Kak Lia tintong nama diberi berasal dari pantai timur tanah air. Senegeri dengan lily dan fendi tapi tak satu course ngan lily. Erm... berbelit dak ayat mek. Dia ni always tintong dan kuat feeling yang teramat sangat. Diva feeling la senang citer. Kisah paling best pasal may ni sememangnya dengan ke tintongan dia la. Selain dari tu kisah percintaan dia dengan sorang mamat akaun yang pada mata aku mamat ni gay boy yang baik punya cover. Tapi kak lia tetap nakkan mamat (mamat ke) sorang ni. Mamat yang dia cintai dengan sepenuh hati kate nyer. Dalam pada itu 2 orang kekasih kawan aku ni dok dalam satu umah. Yang tak tahan bilik yang sama lagi. Macam mana tu. Sape nak jawab (mampos mati aku kene ngan bb). Kak lia seperti biasa la feeling tak ingat ngan mamat sorang tu. Sometimes getik pulak aku melihat aksi2 murai mereka. Tahap feeling kak lia memang dah sampai tahap gaban punya feeling. Sume pasal mamat tu baik la di mata dia. Hobi kak lia yang paling aku tak suka is cur hat. Cur hat kak lia semua nya berkisar pasal mamat tu. Ish bosan. Bosan bosan bosan aku mendengar nya. Tapi nak wat macam mana. Aku layan je la. Yang best pasal kak lia is dia ni konpiden sangat. Kekadang tu sampai ober konpiden. Melampau-lampau jadinya.
BB
Berasal dari sabak bernam sajork. Tapi bile ditanya tetap cakap bangsar, keyel. Hahhahaaaaa... Kisah percintaan dia ni sememang nya best untuk di perkatakan. Never ending story la katakan. Bermula dari kisah 1205 sampai la ke rumah yang paling tinggi di sekilau tu. Huhuhuhuuuuu.... 1205 sememangnya tempat penemuan jodoh kita orang sampai ada di antara kengkawan aku jugak realitinya tak ada jodoh tetapi tetap ingin mencari jodoh di 1205 dengan cara yang tidak baik. Perkara itew berlaku kat diriku sendiri. Nak cite panjang pun tak best coz orang tu pun dah tak de kat dunia ni. Si bb memang menjadi bintang paling popular kat dalam umah aku. Almaklumlah bb mempunyai aset yang kalau di insurankan mengalahkan pamela anderson. Makan hati pamela melihat ape yang bb ada berbanding dengan apa yang dia ada. (matilah mek) Mamat yang berasal dari negeri melaka telah membuka hati si bb untuk bercinta lagi (eh penah bercinta ka sebelumni). Mamat ni itam manis tapi tak ensem. Suke wat lawak serta suke treat orang dengan lawak dia yang sememangnya bodoh. Aku ingat lagi mule2 dia masuk dia pakai baju ijau kalu tak salah. Time masuk tu ya rabbi baik yang amat. Pijak semut pun tak mati. Ye la mase tu dia datang ngan famili dia. Tapi lepas tu semut2 kat umah aku tak sempat bernyawa dek kerana perangai si mamat ni. Kisah percintaan bb bukan setakat ini sajork. Siap bersambung hingga ketingkat paling tinggi hostel kitaorang. Bayangkan betapa hebatnya bb. Mampu ke orang lain nak menandingi dia.
Anje
Budak paling kecik dan yang paling last lahir dalam tahun 1981. Mule2 tahun 1981 tu tak nak dia lahir dalam tahun tu tapi di sebabkan kesian, nangis2 nak jugak lahir dalam tahun 1981 so bagi la change. Sian dia kate nyer. Hahahahahaaa. Minah sorang ni memang diva percintaan. Seingat aku dia la yang paling laku dalam alam percintaan di sekilau. Bayangkan dalam masa satu semester dia dah pasang hampir 5 orang boyfren. Ratu sangat masa tu tau. Tapi selepas kene hencap dengan mak, sedikit insaf la. Siap nangis2 lagi. Hahahahaaaa....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment