Friday 29 February 2008

lelaki ini (versi cleopatra)

hayatilah keindahan ciptaan yang maha esa ini. betapa agungnya kuasanya menciptakan 1 makhluk yang bergelar MANUSIA. cukup sifat serta tiada cacat celanya. amatilah...



mamat sorang ni memang aku suke menghayati keindahan rupa paras dia sejak dulu lagi. kenapa? tengok sendiri and then tau la jawaban dia kenapa.

seterusnya akan aku pamirkan MANUSIA2 yang tak akan terdapat di MALAYSIA. anda di nasihatkan supaya dapat menahan nafsu serakah serta sentiasa berfikiran waras semasa menikmati hidangan santapan minda ini.







erm... cukuplah setakat ini. banyak2 karang lain pulak jadi nyer. semoga terhibur. jumpa lagi...

Friday 22 February 2008

telawi street bistro


i never been here (tsb) before. lalu saja tu tak terkira la kan. tapi semalam nik la ajak aku p tsb. macam tau je tempat tu tapi takut salah aku pun menkompom kan la tsb tu telawi street bistro qah. and then she said yes. omg! ada orang ajak aku p sana even dah setahun aku kat bangsar, aku tak pernah mencemar duli kat situ.

konpiden mase tu aku kompom nak jumpa dia kul 5.30pm sedangkan time tu still time keje. ahhh dalam hati dan fikiran jahat aku mengatakan lantak lah. btw mase tu x de sape pun kat opis. ade aku ngan sadra je. karang tetibe aku menyundal pulak. so nak mengelakkan terjadinya maksiat yang di laknat tuhan aku pun kate yes kat nik kite jumpe kul 5.30pm kat tsb. senafas jer... bile nak sampai kul 5.30pm tu macam2 lak hal yang datang. ib pun macam tau2 aku nak blah awal. spoil betul. tapi dengan ketangkasan aku menyelesaikan dan menanggani segala halangan yang datang, i manage to go there jugak. mase i nak park kete nik baru je nak lintas jalan nak ke tsb. so i tak lewat la kan.

dah jumpe tu, cite itu ini sume kuar. dari hal opis ke hal private. so, is like sesi cur hat tahap gaban la. hahahahaaaaa kalah sesi cur hat ib hokey. jangan marah ib. i tak bermaksud nak menyangkak u yang sememangnya di kenali ramai dengan gelaran best cur hat forever. hahahhaahaaaaaa. mase aku sampai si nik ni dah siap order minum. as usual lah. tsb, takkan nak minum milo ais kot kan. nik tu plak bukan nya perempuan lindungan kaabah. so paham2 la apa dia minum k. aku nak sebut air ape dia minum pun aku dah lupe name nyer. dalam masa yang sama kitaorang dok menunggu sorang lagi minah bukan lindungan kaabah. rabia, queen of africa katenyer. minah ni sebenarnya arini kene koje tapi semalam siap plan2 ngan aku nak amik EL. aku la gatal bagi cadangan sikit nyer bernas how to utilise dia nyer AL. sekali memang dia amik EL tapi bukan emergency leave tapi enjoy leave. boleh. suppose 6.30pm ade 3rd interview session tapi gagah neh singgah tsb jap nak bergosip bagai. hahahahahaaaa

sampa je rabia, meja kitaorg duduk tu semakin meriah. sedangkan 3 orang je kat situ. siap ada sesi posing2 maut lagi. si nik baru beli camera. so ape lagi. strike a pose,vogue la. tak tentu harah dibuatnya nak pulak rabia ni order skol satu jug. mampos. dah la aku dah amik vanilla skyy vodka. 1st time aku mengkhayal kan diri di waktu hari masih terlalu muda di mana malam belum lagi menjengah. siang masih liat nak tukar syif ke malam. cite punya cite, rabia has to go. actually dia dah postpone dia nyer i/v dari kul 6.30pm ke kul 7pm. nak berkhayal and bergiler nyer pasal dia sanggup minah ni. the moment dia nak blah, gabra giler coz molot dah berbau skol. hahahahaaaaa lawak sungguh. lepas rabia blah, aku ngan nik tetap teruskan kisah seribu satu malam. macam kilat sambung menyambung. skol dari 1 jug sekarang tambah 1 lagi . layaaaaaaaaaaaan. biar betul minah ni. dia kene p amik bf dia kat klia jap lagi ni. sekali tak pe katenyer. aku ok jer. mentang2 umah dah dekat ngan bangsar. minum sudah, cur hat sudah. rokok apatah lagi la dah berbatang2 habis. si nik siap pau rokok aku lagi as bekalan nak drive p klia. aku ok jer sebab dia ni jenis yang tak kisah, dinch kedek and tak berkira same. i'm lucky la dapat kenal dia. open minded. tetibe lepas aku balik toilet dia ajak aku p pelita pulak. makan nasi. great idea. aku memang tak lunch lagi pun. so perut masih kosong. lepas makan isap rokok sebatang nik cakap she has to go. takut lewat sampai klia. karang lame plak bf dia tunggu. aku anto dia ke kete then aku pun blah la.

erm... tulah kisah aku semalam. even kat opis dah semakin hari semakin sunyi tapi aku tak la stress sangat. hari aku tak la the whole day tu sunyi bangat. balik umah layan si hani pun best jugak. aida pun tak kurang hebatnya. harap2 hari2 lepas ni lebih meriah dari hari semalam. hahhahahaaaaa

Sunday 17 February 2008

KARTINI BINTI OTHMAN

nama yang tak mungkin akan aku lupakan seumur hidup aku. dia lah tempat aku menumpang kasih sayang seorang kakak walaupun hanya dia hanya sekadar kakak ipar. kasih sayang aku pada dia tetap same macam aku sayangkan kakak kandung aku sendiri.

2004 merupakan tahun yang paling getir dalam hidup dia. hanya tuhan saja yang tahu jerit perih hidup dia sehingga dia di anugerahkan dengan gelaran "janda". bagi aku semua tak perlu berlaku tapi kita hanya merancang tuhan yang akan menentukan segala2 nya. sejak dari tu hubungan kami semakin hari semakin sedikit renggang. tak se"best" dulu.

4 hari lepas dia ada call aku. kate nyer harini dia kena masud wad, isnin ada operation. terkejut badak aku dengar. aku dah start fikir yang buakn2 pasal dia. dari benda baik sampai la ke benda yang tak sepatutnya aku fikirkan. ish mintak simpang.

even semalam mase aku kuar dinner ngan bb, izhar, rishi, perut aku beghitew lapar sekali. tapi bile tetibe aku teringat kan dia, aku terus jadi tak berapa lalu nak makan sangat. nak tak nak tetap kena la makan jugak. karang membazir pulak order tapi tak makan.

alhamdulillah arini sempat juga aku p melawat dia kat hospital putrajaya walaupun agak sedikit lewat. waktu melawat start dari kul 4 tapi pada masa tu aku masih lagi kat umah. ada kawan datang mintak tolong aku ajar dia wat akaun. janji nak datang umah kul 11 tapi haraaaaaaaaammmm dekat2 kul 12.30 rasanya baru dia sampai. tak kisah la yang penting dapat settle sebelum kul 3. bekerja keras la aku mengejar masa supaya aku tak lewat nak ke putrajaya.

dengan izin tuhan dekat2 kul 5 aku selamat sampai di hospital putrajaya. dalam hati tuhan je yang tahu betapa berdebar nya aku nak jumpa dia. lama jugak aku tak pernah jumpa dia. akhirnya dapat jugak aku luangkan masa lebih dari 2 jam melepaskan rindu dengan dia. sembang2, makan sama, bergurau senda, gelak tak hengat, share pengalaman, mengimbau kisah lama, sikit sedey2. fuh best sangat rasanya. rasa 2 jam lebey tu sekejap sangat. disebabkan kul 8 waktu lawatan dah abis, so aku terpaksa la blah dengan hati yang sedikit berat.

isnin depan adalah hari yang paling sukar untuk aku lalui rasanya. pada haritu kak long ada operation. hati aku akan sentiasa tak tenang tingatkan dia. pastu aku ada meeting ngan kastam dari pagi2 buta sampai tengahari. opis sekarang ni dah semakin hari makin suram. izhar pulak dah takde. so takde la nak berperang ngan dia lagi. lepas kerja ada meeting aia plak. omg!!!

ape2 pun aku hanya mampu berdoa dan berharap agar tuhan dapat mempermudahkan hari ku. segala puji kepada dia yang maha kuasa dan mengetahui apa yang terbaik buat hambanya. amin...

wanted


ada kenal sama mamat ini? erm... tanggal 15th febuari 2008 adalah hari pembebasan bagi dia dari penjara "soul". harap2 lepas ni hidup dia akan bahagia dan bermakna la hendak nya.

mengenali dia selama lebih dari satu tahun memberikan aku seribu satu pengalaman yang tak mungkin dapat aku lupakan dan lalui dengan orang lain. banyak bende yang kalau di ingat2 kan balik boleh buat aku senyum sorang2.

dia ni memang lain dari yang lain. mase mule2 kenal aku memang tak paham dengan perangai dia. bile dah lama sikit ok la.

so untuk IZHAR EFFENDY YAHYA, selamat maju jaya. jaga diri bebaik. jangan nakal2. lepas ni dah tak de orang nak bebel kat ko pasal itu ini. adios amigos

Friday 15 February 2008

farewell

again n again. lepas sorang sorang blah tinggalkan soul tetapi drama bersiri soul tetap di teruskan untuk episod yg seterusnya. bulan ni saje 3 orang ahli2 soul akan blah. izhar memulakan langkah dengan penuh gayanya harini. bakal menyusul priya, perempuan gagah yang mengikut jejak fariza akan blah pada 25hb kalu tak salah. last but not least rabia. satu2 nya ahli servicing tok advertising yang paling last blah pada tahun lompat ini iatu pada 29hb.

aku? entah la. aku yang dok beria2 nak benti sekali orang lain yang paling beria tinggalkan aku. pada dasarnya aku takde masalah nak stay tapi bila di fikir2kan sampai bila aku nak di sini. so sedikit terbawak2 la prinsip tekad redha tabah eldiana nampaknya. tiap2 hari usaha mencari koje baru masih di teruskan walau apa pun terjadi. dengan semangat serta ketabahan yang ada, aku kat sini lagi la sampai ada yang sudi nak mengambil aku bekerja. harap2 lepas ni aku dapat la satu tempat keje yang mane dapat la aku stay lame sikit kat situ at least tuk selama2nya. boleh

note:
terpaksa nak meniru style blog eldiana coz nanti sangkak aku tak creative plak.

biar saja ini mengalir

dari senin sampai harini keja aku adalah menelaah internet aje. makanan aku hanya facebook, frienster, blogspot, yahoo messenger, yahoo mail dan tak terkeluar list mostbeautifulman. tak ade bende yang paling indah dalam minggu ini selain dari membuang masa mengulat di bangsar village mahupun bangsar shopping centre.

kemalasan serta mood yang tak menentu di sebabkan kitaran haid yang tak pernah teratur membuat kan hidup aku tak tentu arah. minggu ni merupakan minggu first aku dok berasingan dari citra. so far ok la dok tempat baru. nak kate bosan tak jugak. nak kate best boleh la. mane2 pun aku tetap di bumi malaysia.

Tuesday 12 February 2008

drama bersiri "soul"


pejam celik pejak celik dah setahun aku kat opis baru aku. selama setahun jugaklah pelbagai cerita silih berganti yang melanda opis aku. erm... nasib nasib. aku ingat hidup aku akan lebih bahagia bila move ke keyel (even aku dok shah alam) tapi tuhan tu tetap menguji hambanya yang kerdil ini dengan seribu satu dugaan (islamik neh). so aku pun terpaksa la mengikut sedikit jejak langkah sahabat karib yang banyak sekali mempraktikkan amalan tekad redha tabah. kalu ikutkan aku "i'm sorry goodbye" la.

Monday 11 February 2008

Kalis Rindu

sama tapi tak serupa. tu ja yang aku nak tulih.

Kalis Rindu

Desiran daun dihembus angin
Tin kosong dan tong golek ke kaki
Membelah sunyiku

Menonton bayang wajahmu di minda
Kala ku sendirian terpisah jauh
Beerti tanpamu

Babak penantian
Satu ujian
Sekuat mana cinta

Ku tak mungkin
Kalis rindu
Kalis pilu
Bila kau tiada bersamaku
Pendam rindu
Pendam pilu
Hingga kau menjelma ah aaaa

Berdiri ditingkap merenung ke luar
Lihat kekasihku yang basah berjalan dalam hujan
Beserta senyuman
Lama ku nantikan

Sekian detikan waktu berlalu
Di alam berkasih
Menjadi rakaman yang berharga
Tak terharga yang berharga