2004 merupakan tahun yang paling getir dalam hidup dia. hanya tuhan saja yang tahu jerit perih hidup dia sehingga dia di anugerahkan dengan gelaran "janda". bagi aku semua tak perlu berlaku tapi kita hanya merancang tuhan yang akan menentukan segala2 nya. sejak dari tu hubungan kami semakin hari semakin sedikit renggang. tak se"best" dulu.
4 hari lepas dia ada call aku. kate nyer harini dia kena masud wad, isnin ada operation. terkejut badak aku dengar. aku dah start fikir yang buakn2 pasal dia. dari benda baik sampai la ke benda yang tak sepatutnya aku fikirkan. ish mintak simpang.
even semalam mase aku kuar dinner ngan bb, izhar, rishi, perut aku beghitew lapar sekali. tapi bile tetibe aku teringat kan dia, aku terus jadi tak berapa lalu nak makan sangat. nak tak nak tetap kena la makan jugak. karang membazir pulak order tapi tak makan.


isnin depan adalah hari yang paling sukar untuk aku lalui rasanya. pada haritu kak long ada operation. hati aku akan sentiasa tak tenang tingatkan dia. pastu aku ada meeting ngan kastam dari pagi2 buta sampai tengahari. opis sekarang ni dah semakin hari makin suram. izhar pulak dah takde. so takde la nak berperang ngan dia lagi. lepas kerja ada meeting aia plak. omg!!!
ape2 pun aku hanya mampu berdoa dan berharap agar tuhan dapat mempermudahkan hari ku. segala puji kepada dia yang maha kuasa dan mengetahui apa yang terbaik buat hambanya. amin...
No comments:
Post a Comment