Sunday, 15 June 2008

minggu yang amat memenatkan

kekonon beria la aku hari2 nak hupdate blog. tatapi hampeh.harammmmmmmmm... dinch ado. bak kata kak c "bz la uols". tuntutan kerja yang tak pernah tak menimbun dan sentiasa jeles lihat aku goyang kaki memang membataskan masa nak menulis blog. but anyway pepagi bute ni mata aku tak ngantok lagi. so aku cite sikit la apa yang membuatkan aku bz giler this whole week. (bz la sangat, bz lagi kak c hokey... farah? jangan cakap la. lagi bz. ooooppsss.... sori abg pulis)

minggu ni aktiviti koje aku banyak memfokus kan kepada client baru company aku (selain dari client yang sedia ada yang mana depa ni semakin hari semakin hanjeng sikapnya). kang aku tulih client aku, ada pulak yang cakap aku berangan. client baru ni adalah salah sebuah institusi kewangan (skema dak ayat) yang berasal dari luar negara. ahaks... grand sangat qah. hahahaaa...

depa ni nak launch campaign baru dengan mengunakan product lama yang dah sedia ada. just nak memeriahkan lagi senarai customer yang depa ada walaupun sebenarnya tak ramai mana pun. ayo, matilah aku kalu client aku bace entry aku neh (ado. nak ke depa bace blog bersawang aku neh)

sibuk la aku menolong (tolong ke? terpaksa hokey... (muke kekwat farah)) bos aku men"service" kan client baru kitaorg ni.

bos aku soh la aku handle media booking. actually aku bukan nya fasih sangat ngan mende ni. bak kata nadia "redah jer". so aku redah je la. sekali dia soh aku wat booking tok stick-on ads insertion. mampos. ape menatang tuh. aku penah la tengok kat paper star (perlu ke mention) ade la lekat2 sticker kat front page nyer. but tak pernah la pulak aku tau camne procedure nak book mendalah tuh. aku ingat bos aku tahu. sekali dinch. harammmmm... tak pe la. demi mengejar cita2 suci, berani kan diri. tabahkan hati, aku deal la ngan media house. gedebab-gedebuk, nah schedule nyer. ok. siap. settle (kekonon nyer).

ku sangkakan hujan hanya di tengah hari tapi rupa nya sampai kemalam (eh, betoi dak ayat ni. farah karang tolong betoikan yer kalu salah). ah belasah jer. aku bukan nya copywriter yg berbakat serta promising macam kawan aku sorang tuh "tunku juh anak lelaki raboy". ooopppssssss... betoi kan nama tuh. kalu salah maap la nyer. aku saje jer salahkan. ahaks.

dah abis book satu insertion, rupa nya ada lagi insertion nak kene book. ni ads lain plak but bukan stick-on ads. gedebuk-gedebab. ok, siap. aku dah dapat kan size & rate. pastu kene plak plan bile nak kuar ads nyer. hanjeng la. mane aku tau sumer tuh.

dah la kene play around with budget figure yang client kasi tok whole campaign. matilah aku.

kisah cost akan bersambung harini. kul 4pm aku kene meeting ngan one of my client representative. tak tau la apa nak jadi petang ni. mampos. ya tuhan, tolong lah hamba mu yang teraniaya ini (aku teraniya ka ha?). mudahkanlah urusan aku. amin.

k la. nak titok dulu. udah hampir 4.30am. karang nak bangun semayang subuh pulak. ahaks... bangun qah. nak goyang kaki kuat2 la macam farah.

chau chin chau...



No comments: