Tuesday, 15 January 2008
uitm sekilau
Kat sini mulanya kisah aku sebagai studen u. Lepas je spm aku masuk form 6 tapi tak lame. Sempat masuk lower 6 je. Mase lower 6 aku dah bebai nak belajar. Kengkawan sume dah masuk u. Sedikit terkilan & tercabar mase tu. Aku masih ingat lagi, dalam kelas ekonomi kalu tak salah aku. Bukan nya nak concerntrate belajar. Aku & the geng mengisi borang uitm. Mule2 suke2 jer. Entah macam mane dapat la pulak. Mase tu aku mintak course hotel & pelancongan. Sekali uitm kasik aku pre-acc. Erm... tanpa pikir panjang aku grab je tu pun bersebab. Kengkawan yang isi borang tu pun sume dapat. So sume orang nak blah. Aku pun tak nak ketinggalan.
Mule2 dapat offer letter hanya tuhan je yang tahu betapa riang nya aku mase itu. Tidur tak lena, mandi tetap basah dan makan tetap kenyang. Menghitung hari nak p daftar. Jauh pulak tu (uitm Pahang). Terbayang-bayang macam mana la rupa universiti. Sebenarnya aku tak kisah kat kampus mane uitm nak letak aku. Lagi jauh lagi best. Aku ni pelik sikit. Tak suke dok dekat2 ngan famili. Rase tak best. Tak feeling.
Sehari sebelum daftar aku ke pahang ngan abah. Naik bas dari pekan melbourne ke jengke 18. Aku ke jengke 18 dulu coz esok nya Pak Long aku akan hantar daftar di uitm kampus jengka. Pak long & Mak long cite macam2 pasal uitm jengke. Diaorang cakap aku kene biasakan diri dok jengke ni. Sini tak same ngan melbourne. Sini hutan. Sunyi. This and that. Lepas dengar cite tu, tetibe aku rase nak balik. Tak nak masuk uitm. Nak sambung balik upper 6. Tapi mase tu aku tingat kan kat mak aku. Mak aku beria & sonok sangat bila dapat tau aku dapat masuk u. Ye la dalam keluarga hanya aku yang masuk u. Anak pak long aku masuk maktab je. Mase tu aku rase tak la grand sangat masuk u. .
So esok pagi nya pepagi bute mak long dah siap masak itu ini. Pegi la ke uitm jengke dengan hati yang berat. Bile kete pak long aku melewati kawasan kampus, hati aku berdetik. La ini ke yang di namakan universiti. Tak de ape yang best pun. Kiri kanan pokok getah & kelapa sawit ada la. Aku dok diam dalam kete jer. Pak long & abah je yang beria tanya kat mana tempat mendaftar kat orang2 situ. Pastu sampai la kitaorang kat pejabat uitm jengke. Yang aku ingat sampai sekarang is "ooooo budak pre-acc bukan kat sini. Diaorang kat sini untuk minggu haluan siswa jer. Pak cik kene p kampus kuantan. Bukan kat sini". Tu lah kalimah yang membuatkan aku sonok balik. Well, mase tu aku senyum sampai tak tau kemana, bukan ke telinga lagi dah. Kuantan? Mase tu aku samakan kuantan dengan penang. At least yang aku tau meriah la sikit. Tak la macam jengka. Omg, jengke. Hutan, jauh dari orang, kelapa sawit, lembu, getah. Oh tidak.
Kesian kat pak long & abah. Penat ke hulu ke hilir. Dari jengke nak ke kuantan mengambil mase sejam jugak rasanya. Aku of kos tak penat coz excited sebab tak dok jengke. Aku masuk lewat seminggu dari budak2 lain. So, terlepas la azab minggu haluan siswa. Sonok, amin.
Dah habis daftar sume, abah balik umah pak long balik. Tinggal la aku kat UiTM BUKIT SEKILAU, KUANTAN, PAHANG. Wow, walaupun kampus dia kecik sangat, hanya ada 2 blok tapi bagi aku kat sini best giler. Satu sem rase bagai 3 tahun kat uitm perak. Tapi 3 tahun kat uitm perak rase macam 30 tahun lama nya. Haaa, cite uitm perak lain entry aku cite ek.
Aku di tempat kat di bilik 1205 (ingat lagi no umah aku). Mase aku masuk tak ramai orang coz budak2 lain sume balik kampaung lepas minggu haluan siswa. Dalam umah tu ada 4 bilik. Satu bilik untuk 4 orang student. 1st time aku dok reramai macam ni dalam satu umah. Mase sekolah dulu di panggil dorm. Lain kisah nyer. Haaa, cite mase sekolah pun nanti aku post entry lain.
Erm... pening kepala sebenar nya dok umah tu. Ramai bebenor mamat kelantan menginap umah tu. Majoriti sume orang kelantan. Kite start cite dari bilik aku. Aku dok dengan 2 orang mamat kelantan (kulisy & mat ju) dan sorang mamat kedah (ustaz). Diaorang ni best, very the understanding terutama sekali ustaz. Name je ustaz tapi nama sebenarnya nasir. Budak umah panggil dia ustaz coz dia ni baik bangat. Suke bagi nasihat, tak tinggal semayang. Tapi, aku tetap aku. Rosak, rosak dan rosak lagi.
Dalam mase yang same kat uitm sekilau ada budak hotel & pelancongan but majority adalah budak akaun. Mase batch aku ada 5 kelas akuan, 1 kelas pelancongan dan 2 kelas hotel. Kire meriah la jugak ngan student nyer.
K la aku kene stop kat sini dulu. Lain kali aku post part 2 nyer. Ade keje skit......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
mane2 hang p mesti ade insan bernama USTAZ kan...hahaha...nyah bile nak wat entry pasai ZAMZURI...ooppsss!!!!
skrg saye pon duk uitm skilau....coz pre law...sekarang ni uitm kampus kuantan ade cos pre law ngan pre tesl je..pre acc n yg len2 da xde..hostel da diperbaharui dan direnovate....cantik..sume brg dlm hostel bru jer
ak pun kalau boleh nak masuk uitm sekilau.. tapi.. lain pulok ceti aku nie.. aku anak ganu.. aku baru je lepas stady kat polisas kuantan.. kos akaun.. masa batch aku,,sape x kenal aku.. sebut je nama ketua kelas dat B.. ( madi)// erm orang kenal lah... aku bajet nak keje dulu.. tapi jngn bimbang.. pasti ak akan smbung degree dlm bidang akaun...masalah aku jga.. aku x ambik muet lagi..adoiyaa... :-)
Post a Comment